Pembentukan Tisu tulang

Tisu tulang merupakan tisu penghubung bermineral yang terbentuk daripada sel-sel yang dopanggil osteoblas yang mengendapkan sematriks kolagen Jenis I dan juga merembeskan kalsium, magnesium, dan ion fosfat yang akhirnya bergabung secara kimia di dalam matriks kolegen itu menjadi suatu mineral hablur yang dipanggil mineral tulang dalam bentuk hidroksiapatit. Gabungan mineral keras dengan kolagen lentur menjadikan tulang lebih keras dan lebih kuat daripada rawan tanpa menjadi getas. Tulang pejal terdiri daripada suatu struktur berulang-ulang yang dipanggil sistem Havers, atau osteon, iaitu unit anatomi dan fungsi utama. Setiap osteon mempunyai lapis-lapisan sepusat dengan matriks bermineral yang dipanggil lamela sepusat yang diendapkan di sekitar suatu liang pusat yang juga dikenali sebagai liang Havers yang mengandungi bekalan tulang dan saraf.

Tulang padat (keratan rentas). (Sistem Havers dan osteosit.Osteoblas yang giat mensintesiskan osteoid dengan dua osteosit.Osteoklas dengan berbilang nukleus dan sitosol yang "berbusa".

Berkaitan